Pilihanraya kecil P36 di kuala trengganu menyaksikan BN cuba mempertahankan kerusi yang dimenganginya dengan bersungguh-sungguh. Seperti pilihanraya sebelumnya, BN telah menggunakan seluruh media kerajaan dan kroninya menghentam Pakatan rakyat sehinggakan cerita tentang Dewan Kemas dikunci juga disiarkan di media utama.Begitu teruknya BN ingin menang di Kuala Terengganu.
TV, RADIO, Suratkhabar,Risalah, Sepanduk, Kempen rumah ke rumah, Bantuan???(rasuah pilihanraya) datang melimpah-limpah.( aku kat kl tak dapat 1 sen habuk pun, kenapa tiba-tiba nak pilihanraya orang diKT boleh dapat macam-macam.Kalau ini bukan gula-gula pilihanraya, nak panggil apa???Bukan rasuah tetapi ini adalah bantuan yang tak sampai....nak tunggu wakil rakyat BN meninggal baru bantuan sampai...Masa dia hidup 1 sen pun tak ada.Kalau macam tu eloklah semua wakil rakyat BN meninggal dan diadakan pilihanraya kecil.Barulah rakyat dapat merasa bersalam dengan Pak PM dan menteri-menteri kabinet dan dapat bantuan disamping itu merasa pak menteri menggosok belakang macam dah 10 tahun tak jumpa.....Itulah realiti senario politik malaysia.
Setelah habis entah berapa juta wang rakyat dari segala keuntungan yang kerajaan dapat dari penurunan harga minyak yang tidak diberi kepada rakyat dan cukai yang bermacam-macam sehinggakan makan dan minum pun kena cukai, api air pun kena cukai,Beli baju pun kena cukai, Beli kereta untuk kegunaan sendiri pun kena cukai.Bak kata orang tua-tua:- mana ada benda percuma diMalaysia sekarang ini. Sikit hari lagi,bernafas pun kena bayar.(kena beritahu kalau tidak mereka kata mereka tidak gunakan wang rakyat).BN kecundang jua. Walaupun majoriti hanya lebih kurang 2600 undi , hakikatnya , menang sorak jela.....
Masih ada yang sayang padamu BN ....Hampir separuh masih sayang .Oleh yang demikian fikirkanlah tentang Hak dan kepentingan rakyat dahulu sebelum fikirkan tentang perut anda yang semakin besar.PKR pun apa kurangnya.Jangan terlalu takbur bila menang kerana rakyat sebenarnya sedang membuat experimentasi. Hari ni menang, silap haribulan esok akan kalah.
Rakyat hanya ingin melihat hak mereka dikembalikan. Kembalikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan ilmu. Kurangkan tarif air dan elektrik. Kurangkan cukai kalau boleh setiap kereta untuk kegunaan keluarga dibebaskan dari cukai.Kenapa nak bebankan rakyat sepatutnya menyenagkan rakyat. Malaysia bukan syarikat yang para menteri seperti CEOnya. Malaysia adalah umpama syarikat yang rakyat adalah board of Director yang mahukan pulangan maksima. Anda, wakil rakyat hanya diberi kuasa untuk menjalankan hal pentadbiran syarikat dan dibayar gaji.....Faham ke tidak....????
Tanggungjawabnya adalah besar bukanya untuk membesarkan perut dan menambahkan kekayaan tetapi menjaga kebajikan rakyat. Besar pahalanya jika dijalankan dengan sempurna dan besar juga dosanya jika sebaliknya. Malahan berdosa kepada setiap rakyat dibawah jagaan atau wilayah anda. Nanti diakhirat tak sanggup nak jumpa sorang-sorang minta maaf .
Sekian sahaja untu hari ini........
Ahad, 2009 Januari 18
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan